Tingkat keselamatan Lebuh Raya Pan Borneo

DPPNS menyambut baik tindakan serta usaha yang akan di ambil oleh Kementerian dan Kerajaan Negeri bagi memastikan keselamatan serta keselesaan pengguna Lebuh Raya Pan Borneo terjamin sepanjang musim perayaan Gawai dan Aidilfitri.
 
Statistik yang dikeluarkan oleh agensi penguat kuasa menjangkakan kadar kenderaan yang bakal menggunakan Lebuh Raya Pan Borneo di musim perayaan akan meningkat sekitar 20 hingga 30 peratus dengan jumlah kenderaan 100,000 dalam sehari.
 
DPPNS mengesyorkan kepada pihak berkuasa beberapa cadangan bagi memastikan pemandu serta pengguna Lebuh Raya Pan Borneo sampai ke destinasi dalam keadaan selamat dan selesa:
 
1.    Tidak membenarkan kenderaan berat menggunakan Lebuh Raya Pan Borneo 2 hari sebelum perayaan dan 2 hari selepas perayaan.
 
2.    Semua kerja pembinaan sepanjang jajaran Lebuh Raya Pan Borneo wajib dihentikan dalam tempoh musim perayaan ini.
 
3.    Laluan Lebuh Raya Pan Borneo yang terlibat dengan pembinaan harus diselanggara dengan baik. Meletakkan alat keselamatan dan penanda amaran di lokasi yang memungkinkan wujud ancaman keselamatan buat pengguna lebuhraya.
 
4.    Mewujudkan ‘task  force  team’ agar aset agensi segera sampai ke tempat kejadian untuk  membantu  jika berlaku perkara yang tidak diingini.
 
5.    Mewujudkan lebih banyak ruang serta kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di sepanjang laluan Pan Borneo.
 
6.    Mengenalpasti lokasi ‘hotspot’ yang berpontesi berlaku kemalangan dengan meningkatkan tahap keselamatan yang lebih baik serta menghebahkan kepada pengguna jalanraya agar lebih berhati-hati di kawasan terbabit.
 
Justeru DPPNS akan mengiatkan lagi kempen kesedaran jalanraya di musim perayaan dengan membawa tagline “Pandu Selamat Ingatlah Orang Yang Tersayang”.
 
Dikesempatan ini, DPPNS menyeru dan mengajak semua pemandu yang menggunakan Lebuh Raya Pan Borneo di musim perayaan Gawai Dayak dan Hari Raya supaya mengamalkan sikap bersabar dan patuhilah undang-undang jalanraya agar perayaan tahun ini disambut dengan gembira.
 
HAMDAN SANI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak – HARAKAHDAILY 29/5/2019
Advertisement