Tommy dicabar buktikan tiada ‘konflik kepentingan’

KUALA LUMPUR: Penjelasan dikemukakan Peguam Negara, Tommy Thomas mengenai penarikan diri peguam Syazlin Mansor menyebabkan rasa tidak puas hati banyak pihak.
 
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, rakyat menuntut keadilan terhadap punca kematian Pegawai Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
 
Namun katanya, secara tiba-tiba peguam Syazlin yang mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta keluarga Adib menarik diri.
 
“Tommy dalam penjelasannya berhubung surat beliau yang meminta peguam Syazlin mengundurkan diri dari inkues tersebut telah menggambarkan adanya ‘konflik kepentingan’. Beliau patut menuding jari pada dirinya sendiri yang pernah mewakili Lim Guan Eng.
 
“(Iaitu) dalam kes rasuah banglo yang kini bukan menjadi rahsia kes itu dilepaskan dengan representasi luar biasa dikeluarkan oleh Pendakwaraya yang berada di bawah kuasa pejabat Peguam Negara yang beliau memegang jawatannya. 
 
“Boleh saya tahu tarikh secara rasmi Tommy Thomas mulai menarik diri dari menjadi peguam kepada Lim Guan Eng?” cabar Amzad. – HARAKAHDAILY 30/5/2019
Advertisement