30 Julai hari kelepasan am di Pahang

KUANTAN: Kerajaan Pahang menetapkan 30 Julai sebagai tarikh baharu hari kelepasan am sempena hari keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta‘in Billah.

Advertisement

Sebelum ini hari keputeraan disambut pada 24 Oktober setiap tahun.

Menteri Besar Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ketetapan tarikh tersebut bermula tahun ini berdasarkan kuasa yang diberikan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), Subseksyen 9 (1).

Katanya, pekeliling mengenainya diedarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kepada orang ramai.

“Dengan ketetapan baharu ini saya berharap semua pihak akan mengambil maklum mengenainya,” katanya pada satu keyataan hari ini. – HARAKAHDAILY 15/8/2018