PAS-Umno Pmtg Pauh sedia meterai hubungan rasmi

PERMATANG PAUH: PAS Kawasan dan Umno Bahagian bagi Parlimen Permatang Pauh mengukuhkan hubungan kedua parti melalui majlis berbuka puasa bersama, kelmarin.
 
Majlis dipimpin Yang DiPertua PAS Permatang Pauh, Omar Hasan bersama Ketua Umno Permatang Pauh, Dato’ Mohamad Zaidi Saad telah diadakan di Masjid Jamek Seberang Jaya, di sini.
 
Sempena majlis tersebut juga, turut diadakan penyampaian sumbangan duit raya kepada golongan memerlukan yang sentiasa diberi perhatian kebajikan mereka oleh kedua pihak.
 
Malah, kesempatan pertemuan yang semakin mengukuh kerjasama politik PAS-Umno ini, turut diserlahkan lagi dengan rakaman takbir Aidil Fitri melibatkan Ahli Jawatankuasa kedua-dia pihak.
 
Omar dan Zaidi juga dalam ucapan mereka seia-sekata bahawa kerjasama antara PAS dan Umno Permatang Pauh perlu disegerakan dan perjumpaan susulan akan diadakan selepas Aidil Fitri nanti.
 
Membayangkan hubungan kedua pihak akan dimeterai bagi merealisasikan kerjasama politik secara rasmi, perkara tersebut maklum mereka, adalah tertakluk kepada keputusan peringkat Pusat.
 
Turut menjadi saksi dan memeriahkan pertemuan berbuka puasa kedua pihak ini serta bersama dalam rakaman takbir raya adalah Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek tersebut. – HARAKAHDAILY 31/5/2019
IMG 20190531 WA0013
Advertisement