Ameerah Care santuni warga perantau di Ipoh

IPOH: Ameerah Negeri Perak menerusi program Ameerah Care telah melaksanakan agenda memasyarakatkan PAS dengan mengadakan edaran juadah iftar percuma di sekitar bandar ini, petang semalam.

Advertisement

Program ini turut dijayakan dengan kerjasama Ameerah Kawasan-kawasan yang turut serta bertemu masyarakat dengan melakukan edaran di Terminal Amanjaya dan Stesen KTM Ipoh, di sini.

Ketua Ameerah Perak, Aslina Kholid berkata, program ini menjadi inisiatif Muslimat Muda PAS membina hubungan baik disamping menyampaikan dakwah santai kepada masyarakat awam.

Kesempatan program di lokasi khusus itu maklumnya, sekali gus menjadi peluang pihaknya menyantuni warga perantau yang baru tiba atau akan menuju ke destinasi masing-masing di situ.

Bersama bungkusan makanan dan minuman diberikan, turut diedarkan risalah mengenai tips membina keluarga bahagia, kejayaan dalam perniagaan dan tips menghadapi temuduga sebagai identiti entiti ini. – HARAKAHDAILY 2/6/2019