Pemuda PAS temani sahur para penjawat awam

NIBONG TEBAL: Pemuda PAS Kawasan Nibong Tebal melalui Jabatan Amal, Alternative Riding Club dan PASTI telah menganjurkan singgah sahur ke beberapa jabatan kerajaan, di sini kelmarin.
 
Program ini selain mengimarahkan Ramadan, juga sebagai menzahirkan penghargaan kepada para penjawat awam yang komited melaksanakan tanggungjawab dengan penuh pengorbanan.
 
Program dirasmikan Ketua Pemuda PAS Nibong Tebal, Ustaz Zulazhar Mohamad ini bermula dengan pembungkusan juadah sahur di Pejabat PAS Nibong Tebal, Taman Seri Acheh, di sini.
 
Delegasi Pemuda telah bergerak ke enam lokasi menyerahkan juadah tersebut iaitu di pondok pengawal Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan.
 
Juga di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Sungai Bakap, Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Sungai Bakap dan berakhir di Balai Polis Sungai Bakap.
 
Peneraju Pemuda PAS Nibong Tebal yang turut serta adalah Pengerusi PASTI, Mohamed Nizam Nasir dan Komandan Jabatan Amal, Muhammad Bukhari Abdul Halim. – HARAKAHDAILY 3/6/2019
IMG 20190603 WA0006
 
IMG 20190603 WA0005
Advertisement