PJ sertai Jelajah Singgah Sahur Pemuda Balik Pulau

BALIK PULAU: Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau menerusi Jabatan Amal dan Alternative Riding Club telah mengadakan program Jelajah Singgah Sahur ke beberapa agensi kerajaan dan premis 24 jam, di sini kelmarin.
 
Turut serta pada kunjungan ziarah itu adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Uataz Muhammad Fauzi Yusoff bersama Timbalan Yang DiPertua PAS Balik Pulau, Mohd Taufik Hashim.
 
Rombongan yang dipimpin Ketua Pemuda PAS Balik Pulau, Fahmi Ahmad itu telah menyerahkan juadah sahur di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Barat Daya.
 
Juga turut ke kedai serbanika 24 jam 7-Elevan sambil bertanya khabar, menyantuni dan menemani para pekerja melalui waktu sahur yang merupakan sebahagian ibadah Ramadan.
 
Menurut Ustaz Fauzi, program sebegini selain dapat mengerat silaturahim, juga sebagai menghargai anggota yang berkhidmat kepada negara dengan penuh komitmen demi kepentingan semua.
 
Terdahulu, pihak Pemuda PAS Balik Pulau mengadakan persediaan secara gotong-royong menyediakan makanan pada awal pagi tersebut yang berakhir kira-kira jam 4 pagi. – HARAKAHDAILY 3/6/2019
IMG 20190603 WA0023
Advertisement