Terjah Sahur Pemuda Bakri kunjung agensi kerajaan

BAKRI: Pemuda PAS Kawasan Bakri telah mengadakan program Terjah Sahur ke jabatan-jabatan kerajaan sebagai menyemarakkan lagi Ramadan, kelmarin.
 
Anggota dewan ini telah bergerak ke lokasi ditetapkan bagi melakukan agihan juadah sahur kepada para petugas di jabatan dikunjungi pada awal pagi itu.
 
Destinasi yang dilawati adalah Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Ibu Pejabat Polis Daerah Muar dan sekolah-sekolah sekitar.
 
Ketua Pemuda PAS Bakri, Mohd Nahar Tasimin dan Ketua Urusan Ulamak PAS Bakri, Ustaz Zarul Salleh turut hadir bersama membantu edaran dan menyantuni penerima.
 
Menerusi program tahunan ini, Pemuda PAS khususnya secara tidak langsung telah mengeratkan hubungan dengan para penjawat awam agensi tersebut.
 
“Program ini juga sebagai tanda ingatan dan penghargaan kami kepada anggota bomba, polis, pengawal keselamatan dan juga kakitangan hospital yang bekerja demi kepentingan awam,” ujar Pengarah Program, Naqib Noordin. – HARAKAHDAILY 3/6/2019
IMG 20190603 WA0010
Advertisement