Bila berkuasa segala diperjuang dahulu dinoda

KEMERIAHAN menyambut ambang Aidilfitri 1440 tersentak seketika dengan berita perlantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

Advertisement

Umum mengetahui bahawa Latheefa adalah salah seorang dari pemimpin tertinggi PKR.

nasrudintaBukankah PKR bahkan Pakatan Harapan sendiri memperjuangkan kebebasan badan penguatkuasa seperti SPRM dari pengaruh politik?

Tetapi kenapa Latheefa tetap dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM? Mereka lupa apa yang diperjuangkan oleh mereka sendiri?

Detik ini membuatkan ramai teringat pada kelantangan Rafizi Ramli menentang korupsi, kronisme dan nepotisme. Agaknya di mana beliau sekarang?

Apakah Dato’ Seri Anwar juga terpaksa membisu dengan fenomena ini? Atau mungkin segalanya telah berubah selepas berkuasa.

Segala inti perjuangan sebelum ini dinodai secara terbuka tanpa rasa bersalah dan rakyat terus diperdaya atas kepercayaan yang diberi selama ini.

Rule Of Law yang diperjuangkan selama ini pun kian terhakis. Kini perjuangan membebaskan badan penguatkuasa dari campurtangan politik hanyalah sebuah pertunjukkan “silap mata” di pentas politik.

Kepercayaan rakyat terus dikhianati. Sokongan rakyat kepada mereka terus dieksploitasi untuk melakukan apa sahaja perkara, meskipun bertentangan dengan dasar dan prinsip perjuangan mereka sebelum ini.

Kini sebahagian rakyat jadi bungkam. Tak terkata apa-apa. Terkejut atau teruja, saya tidak pasti. Tapi soalan yang bakal popular di pagi raya esok iala: haa puas hati sokong PH?

Sampai bila nak biarkan? Jangan-jangan selepas ini Siti Kassim pula dilantik sebagai Peguam Negara.

NASRUDIN HASSAN
30 Ramadhan 1440 | 4 Jun 2019 – HARAKAHDAILY 4/6/2019

ss