JAM tawar khidmat bantu tunda kenderaan rosak

DIJANGKAKAN lebih banyak kenderaan akan balik pulang dari beraya di kampung untuk memasuki ke Ibu Kota dan sekitar Lembah Klang bermula hari ini dan Ahad esok. Ia berikutan khususnya sesi persekolahan yang akan dibuka semula pada Selasa ini, 11 Jun 2019 dan tamatnya cuti sempena Hari Raya Aidil Fitri secara umumnya. 
 
Sehubungan dengan itu, Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor telah mengaktifkan seluruh pasukan Jabatan Amal dan Amal Rescue Team (ART) peringkat negeri Selangor bermula hari ini bagi mempersiapkan kenderaan Jabatan Amal peringkat kawasan dan kelengkapan alat-alatan membaiki untuk kerja kes-kes kerosakan kenderaan yang ringan. 
 
Khidmat ini ditawarkan kepada ahli PAS dan dibuka juga kepada masyarakat umum yang mengalami masalah kenderaan seperti pertukaran tayar pecah atau bocor, kehabisan minyak, tunda kenderaan dan sebagainya ketika perjalanan pulang ke bandar dari kampung halaman masing-masing.
 
Bagi makluman lanjut untuk mendapatkan khidmat bantuan Jabatan Amal ini boleh terus menghubungi talian 010-3836383 (WhatsApp sahaja) atau 010-836 5007 (panggilan telefon sahaja).
 
Maklumat terperinci mengenai khidmat ini juga telah mula ditularkan melalui WhatsApp kepada orang ramai pada hari ini. 
 
SHEHDI HAZRIK SHAMSUDIN
Pengarah 
Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
8 Jun 2019 – HARAKAHDAILY 8/6/2019
IMG 20190608 WA0024
Advertisement