Qazaf: Apabila berlaku politik ‘hanyir’…

APABILA berlaku politik ‘hanyir’ baru nampak hikmah, Islam mengenakan hukum qazaf kepada penuduh dengan hukuman 80 rotan apabila tidak membawa empat orang saksi.

Advertisement

Islam mengenakan hukuman ini untuk memelihara maruah seseorang supaya ia tidak sewenang-wenangnya dituduh oleh mana-mana individu.

Fitnah ini akan mengaibkan ahli keluarga, terutama anak-anak yang tidak berdosa. Apakah perasaan anak mereka apabila bertemu dengan kawan-kawan di sekolah.

Stail politik ini juga merosakkan minda anak-anak sekolah yang masih mentah, apabila berita ini tersebar. Apakah kita mahu melahirkan generasi seperti ini?

Hukuman ini sebagai amaran keras kepada mana-mana individu yang cuba mengaibkan seorang dengan perbuatan yang tidak bermoral.

Kerana tabiat manusia lebih mudah menerima maklumat pertama, berbanding dengan penafian yang dibuat. Oleh itu, Islam daripada awal-awal lagi sudah memberi amaran dan hukuman.

Semakin terserlah kebaikan syariat Islam untuk memelihara maruah diri dan masyarakat terutama ketika menghadapi politik Machiavelli (matlamat menghalalkan cara). Biarlah orang mencerca syariat Islam, tetapi semakin terbukti dan teruji kehebatannya.

PAS sebagai parti yang mengambil kira dosa dan pahala dan takut azab Allah telah mengharamkan sama sekali budaya politik seperti ini, sama ada di dalam parti atau dengan parti lawan.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
13 Jun 2019 – HARAKAHDAILY 13/6/2019