Kelantan hormati kategori zon merah Kuala Koh

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menghormati keputusan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan orang awam masuk ke kawasan perkampungan Orang Asli Kuala Koh, Gua Musang.

Advertisement

Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, keputusan yang dibuat pada mesyuarat 10 Jun lepas yang mengisytiharkan sebagai kawasan merah.

Katanya, satu kenyataan dikeluarkan bagi melarang orang ramai memasuki perkampungan Orang Asli Batek bagi memudahkan tugas agensi keselamatan dan aktiviti penyelidikan dijalankan.

“Keputusan ini dibuat pada 10 Jun lalu bersama semua agensi berkaitan dengan mengambil kira pelbagai perkara termasuk risiko jangkitan.

“Kita putuskan tiada siapa yang dibenarkan memasuki kawasan yang berlaku jangkitan dengan kerjasama pihak polis dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) katanya di sini semalam.

Ketua Polis Kelantan Dato’ Hasanuddin Hassan semalam dilapor berkata, status kawasan tersebut diumumkan sebagai zon merah berdasar keputusan dibuat hasil perbincangan dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara. – HARAKAHDAILY 14/6/2019