Penerima Anugerah Tokoh sempena Muktamar DMPM

KUANTAN: Julung kali Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke-59 di Pusat Konvensyen Bukit Gambang Resort City, hari ini.

Advertisement

Sebelum itu, Presiden telah melakukan pemeriksaan perbarisan oleh Briged Ameerah di pekarangan Pusat Konvensyen Bukit Gambang Resort City.

Sejurus kemudian pimpinan DMPM, tetamu jemputan, pemerhati dan perwakilan bersama-sama mengalunkan Asmaul Husna, lagu Negaraku dan lagu rasmi PAS di dewan Resort City.

Majlis diteruskan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Zulhasmi.

Pelancaran khas empat buah buku istimewa keluaran DMPM hasil nukilan Lajnah Politik, Tarbiyah dan Dakwah dan juga pelancaran Modul Baru Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA) yang lebih dinamik antaranya buku Muslimat Krik…Krik…

Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA) adalah satu akademi di bawah Dewan Muslimat PAS Pusat yang melatih para muslimat ke arah Muslimat ‘AKIFI iaitu Muslimat yang berilmu, yang mahir dalam berharaki dan juga yang tunduk dan patuh pada perintah Allah SWT.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyampaikan ucaptama bertema `Islam Memimpin Wanita Sejahtera’.

Seterusnya beliau melancarkan derma jihad dan persembahan montaj mengenai aktiviti yang dilaksanakan oleh DMPP selama satu penggal.

Selepas ucapan perasmian, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi merasmikan gimik dengan meletakkan tangan di pengimbas. Sebelum itu Presiden dipimpin oleh dua orang kanak-kanak dan dibawa ke tempat perasmian.

Kanak-kanak yang ditampilkan dari pelajar sekolah rendah Islam Tahfiz Inetegrasi Mahkota di bawah rangkaian pendidikan di bawah PAS.

Slot seterusnya DMPM memberi cenderahati tanda penghargaan atas pengorbanan dan jasa mereka, ada empat katogeri yang dipertandingkan, anugerah Tokoh Asma’ Abu Bakar, Dr Uyun Manik, 36, dari Selangor dan terlibat dalam PAS dari 2011 hingga sekarang.

Tokoh Sayidatina Khadijah dianugerahkan kepada YB Siti Zailah Mohd Yusof, 56. Pernah memegang jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia dan sekarang Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan dan Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Tokoh Ummu Waraqah, Ustazah Dr Asiah Ali, 66, Ketua Pengarah Ilham.

Anugerah Perpaduan Ummah, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang sering menjadi wakil PAS dan negara di peringkat antarabangsa terutama di Timur Tengah.

Lebih istemewa, DMPM memberi peluang kepada isteri Tuan Guru, Dr Norzita Taat menyarungkan sendiri jubah dan selempang tokoh kepada Tuan Guru. (Foto atas)

Semua tokoh mendapat selempang tokoh, plak penghargaan, wang tunai, sejambak bunga dan sepasang persalinan yang disampaikan Ketua DMPM, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Jumlah kutipan derma jihad tunai RM25,460 dan juga 5 dollar Brunei, 100 yen Jepun, 1 gram emas golba 999, 3 utas rantai, 1 bentuk cincin dengan anggaran jumlah RM12,000.

Muktamar DMPP kali ini, menampilkan pengantara istimewa oleh juru bahasa isyarat yang sama-sama akan menyampaikan komunikasi untuk pemerhati di kalangan orang kelainan upaya (OKU) khususnya masalah pendengaran.

Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia mencatat sejarah apabila diadakan di Bukit Gambang Resort City dan diadakan awal seminggu daripada Muktamar Tahunan PAS.

Penyertaan perwakilan dari 179 kawasan dari seluruh negara dan 2,000 pemerhati. Turut dihadiri perwakilan Muslimat Libaran, Sabah yang baharu diluluskan penubuhannya.

Muktamar DMPM kali 59 dijangka akan berakhir dengan slot persembahan khas Lajnah Kesenian dan Kebudayaan.

Tepat jam 12 tengah hari semua perwakilan Muslimat membuat undian untuk memilih Ahli Jawatankuasa baharu bagi sesi 2019/2021.

Pemerhati dari PAS Pusat, AJK Kamaruzaman Mohamad dan Ustaz Mokhtar Senik.

Antara tetamu yang hadir, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad; Ketua Wanita DHPP, Kamutha Rahman; degelasi Wanita Umno, Purnama Kelantan diketuai, Datin Seri Siti Zabedah Abd Hamid, Harusnisa’ Terengganu diketuai, Toh Puan Zainab Awang, wakil Isma. – HARAKAHDALY 15/6/2019