4,000 meriahkan majlis Aidil Fitri Bukit Gantang

BUKIT GANTANG: PAS Kawasan Bukit Gantang telah mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri dihadiri kira-kira 4,000 tetamu pada majlis yang dilangsungkan di Laman Changkat Jering, di sini semalam.
 
Pelbagai juadah lazat disajikan seperti lemang koew teow goreng, mee kari, sate dan teh tarik disediakan PAS Bukit Gantang dan PAS Cawangan-cawangan selain sumbangan individu.
 
Pimpinan yang hadir adalah Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria serta Yang DiPertua PAS Bukit Gantang, Ustaz Muhd Faisal Abdul Rahman.
 
Malah turut diraikan pimpinan Umno antaranya Pemangku Ketua Bahagian Bukit Gantang, Kamarudin Abu Bakar dan Adun Changkat Jering, Mohd Saidi Daud serta Adun Trong, Jamilah Zakaria.
 
Ustaz Idris dalam ucapannya menyentuh mengenai kejayaan penyatuan ummah khususnya antara PAS dan Umno yang berharap semakin kukuh dan diterjemahkan dengan kemenangan PRU15.
 
Selain menikmati juadah, kemeriahan majlis turut diserikan dengan persembahan qasidah kumpulan Shoutul Qiam dan permainan bunga api untuk kanak-kanak disediakan Pemuda PAS Bukit Gantang.
 
Malah, keceriaan bertambah apabila ribuan kanak-kanak yang hadir diberikan duit raya disampaikan oleh Ustaz Idris dan Ustaz Faisal pada majlis turut dihadiri Pengerusi UMMAH Perak, Dr Idham Lim ini. – HARAKAHDAILY 18/6/2019
IMG 20190618 WA0033
 
IMG 20190618 WA0031
Advertisement