Muktamar Pemuda PAS sampaikan anugerah

KUANTAN: Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-60 telah mengurniakan anugerah kepada beberapa penerima sempena pada majlis di Bukit Gambang Resort City, di sini hari ini.
 
Anugerah Tokoh Perpaduan diberikan kepada Jason Leong atas usahanya mengeratkan perpaduan kaum antaranya mengasaskan Penasihat Kelab Pembangunan dan Muhibbah.
 
Malah, beliau juga mengasas dan aktif dalam NGO Christian Peace and Harmony in Malaysia selain menjadi Penasihat Malaysian Christian Youth, Association of Nextgen Christian of Malaysia.
 
Manakala Anugerah Tokoh Dakwah pula dinobatkan kepada Firdaus Wang Wai Hong yang terkenal gigih menyampaikan dakwah Islamiyah kepada masyarakat pelbagai kaum.
 
Turut disampaikan sempena majlis ini adalah Anugerah Tokoh Amal kepada Zol Alias dan Anugerah Anggota Amal Terbaik, Ahmad Mazlan Ahmad Posro.
 
Dewan Pemuda PAS Malaysia juga merakamkan penghargaan kepada Exco-exconya yang telah melepasi usia 40 tahun atas khidmat diberikan sepanjang sesi menerusi Anugerah Jasamu Dikenang.
 
Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden pula dinobatkan selaku penerima Anugerah Murabbi Anak Muda, selain majlis juga menyampaikan anugerah kepada Jabatan lain. – HARAKAHDAILY 19/6/2019
Advertisement