Pasca PRU14 menunjukkan politik sudah berubah

KUANTAN: Aliran pemikiran politik di Malaysia telah beralih dari politik persepsi kepada politik realiti iaitu politik sebenar, bahkan pasca PRU14, bukan politik yang mencetuskan ketegangan dan ketegahan.
 
Perkara itu dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, semasa menyampaikan ucapan perasmian sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-60 di Bukit Gambang Resort City, di sini.
 
Kata beliau, semua pihak termasuk anak muda membicarakan semangat negara dan masa hadapan negara dengan membawa tiga komponen antaranya melahirkan rakyat bermaruah dan berakhlak kerana ia merupakan asas penting bagi pembinaan negara.
 
Selain itu katanya, pembinaan dasar mesti selari dengan ketetapan Allah serta perlu membina satu generasi yang mampu menjamin nilai kedaulatan yang merupakan satu asasi kepada sesebuah negara. 
 
Sementara itu beliau menyeru semua pihak membina muafakat yakni hubungan baik dengan semua negara agar terus mengekalkan keamanan dan menguruskan negara dan kuasa  dengan lebih baik. – HARAKAHDAILY 19/6/2019
Advertisement