Deklarasi jamin hak dan keadilan pada bukan Islam

KUANTAN: Tuntutan al-wehdah dan i’tisom sangat berhajat kepada komitmen jamaie dan disiplin organisasi, sekali gus kefahaman dan persiapan sebaiknya diadakan sebelum melakukan ta’awun  siyasi.
 
Perwakilan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Muhammad Ubaidillah Abdullah menegaskan perkara tersebut pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-60, sebentar tadi.
 
Tegasnya, prinsip kesepakatan ini haru dihadam agar dapat melaksanakan tuntutan amal kerana terdapat banyak perkara ijtihadi yang bakal menjadi komitmen sekalian abnaul  harakah.
 
“Syeikh Abdul Nasir Hamdan dalam kitab Maqasidul Wehdah al-Islamiyah mengingatkan antara mu’awwiqat dan ‘aqabat yang menjadi penghalang wehdah adalah penyakit hubbuz  zat  wa’adamul  qudratul  taqiyyuf.
 
“Mereka mempunyai penyakit hubbuz  zat dan ketidakmampuan untuk mengadaptasi sebarang perubahan dan arahan,” jelasnya pada sidang di Bukit Gambang Resort City, di sini.
 
Seru beliau, pemahaman terhadap fekah perubahan dengan mengambil kira soal kesan dan akibat tindakan perlu agar melakukan sesuatu mengikut peranan berdasarkan situasi dan tempat.
 
Beliau mengingatkan agar tidak melangkaui batas posisi, hatta untuk mengubah atau membuang kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan mendatangkan kemudaratan yang lain.
 
Peristiwa Rasulullah S.A.W membiarkan Ka’abah dari kembali ke binaan asalnya selepas Fathu Makkah biarpun memiliki kekuasaan sebagai contoh antara prinsip yang diterjemahkan.
 
Difahamkan lagi sekalian ahli muktamar dengan penjelasan bahawa melakukan sesuatu yang betul juga mesti pada masa dan cara betul, selain melihat kesan bakal ditanggung jamaah.
 
Tambahnya lagi, prinsip-prinsip kesepakatan mesti memberi keadilan Islam yang komprehensif terutama juga sebagai jaminan kepada bukan Islam di mana mesej ini masih gagal disampaikan.
 
Sehubungan itu, Pemuda PAS Selangor wakilinya mencadangkan diwujudkan satu deklarasi yang jelas kepada bukan Islam berhubung tawaran dan komitmen PAS dalam menjamin hak dan keadilan. – HARAKAHDAILY 20/6/2019
Advertisement