Fiqh waqi’ dan geopolitik Sabah perlu diketahui

KUANTAN: Masalah infrastruktur menjadi isu yang sangat besar di negeri Sabah melibatkan banyak perkara seperti perbekalan elektrik, air dan jalan raya serta lainnya.
 
Perwakilan Pemuda PAS Negeri Sabah, Jumaidin Lakalla menegaskan dari aspek fiqh waqi’ menjadikan isu tersebut terlalu besar menyebabkan isu nasional tidak relevan di negeri itu.
 
Beliau menyatakan hal tersebut dalam perbahasan Ucaptama Ketua Pemuda pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-60 di Bukit Gambang Resort City, di sini hari ini.
 
Beliau turut menegur mengenai kepentingan Pemuda PAS selaku individu terlibat dalam politik terhadap pengetahuan mengenai geografi, termasuk juga di Sabah dan Sarawak.
 
Malah, merasa dipinggir dari sebahagian Malaysia, beliau meluahkan keluhan terhadap isu penghantaran barang ke Sabah dan Sarawak yang tidak percuma sebagaimana negeri lain.
 
Malah akuinya, pihak PAS di negeri itu meraikan gagasan dibawa Mufti Sabah berkenaan Fiqh Sabahi antaranya berkenaan Solat Jumaat kerana tidak cukup 40 ahli jamaah untuk mendirikannya.
 
Beliau turut menyentuh sambutan perayaan-perayaan melibatkan kaum dan budaya, selain situasi gereja bersebelahan masjid di mana banyak hal yang melibatkan toleransi kaum.
 
Kesalinya, kemunduran yang berlaku di Sabah hinggakan ada anak pribumi enggan mengaku berasal dari negeri itu kerana malu, oleh itu menuntut perhatian Pemuda PAS memahaminya. – HARAKAHDAILY 20/6/2019
Advertisement