PH digesa kaji pendirian tolak akta berita fitnah

KUANTAN: Perwakilan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-60 sebulat suara menerima usul menggesa Kerajaan Malaysia mengkaji semula pendirian yang menolak Akta Anti Berita Tidak Benar 2018.
 
Usul berkenaan yang telah dibentangkan oleh Perwakilan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau, Ustaz Anuar Daud di Dewan Konvensyen, Bukit Gambang Resort City, di sini sebentar tadi.
 
Menurut beliau, Akta Anti Berita Tidak Benar adalah selari dengan keperluan dan tuntutan pada masa kini dalam menangani zaman fitnah. 
 
Katanya, budaya fitnah semakin berleluasa mutakhir ini, bukan sahaja menjejaskan kredibiliti organisasi dan individu, bahkan menjejaskan keharmonian masyarakat.
 
“Kenapa PH tidak bersetuju, adakah kerana mereka sedar bahawa mereka menang PRU14 atas fitnah kepada PAS dan kerajaan ketika itu?
 
“Kenapa PH tidak mahu bersetuju dengan akta berkenaan, adakah kerana mereka akan teruskan memfitnag terhadap PAS dan sebab itu mereka tidak mahu luluskan akta ini?” soalnya.
 
Selain itu bidasnya, tidak cukup isu fitnah yang berlegar, malah turut menyentuh isu berkaitan dengan Yang di-Pertua Agong serta menyebar fakta yang tidak benar mengenai baginda.
 
Namun tambah beliau, lebih menyedihkan, apabila mereka sanggup fitnah batang tubuh Rasulullah S.A.W yang menyebabkan terguris umat Islam dengan fitnah dilemparkan melalui karikatur.
 
“Apakah mereka yang Muslim dalam PH tidak sensitif dengan fitnah kepada Rasulullah S.A.W?” soalnya tegas.
 
Justeru itu, PH gesaknua  mesti menyatakan pendirian terhadap RUU Pemansuhan Akta yang dikemukanya di mana kini rakan mereka dari PKR sedang terpalit dengan video hanyir yang merupakan video fitnah. – 
Advertisement