Anak kelahiran Manjoi ketuai Pemuda PAS

KEPIMPINAN Dewan Pemuda PAS Malaysia silih berganti, tetapi dasar dan prinsip perjuangan tetap utuh serta diteruskan dalam memastikan Pemuda PAS terus mara menuju cita. Inilah kehebatan dan kemampuan PAS yang terus berjaya mengenengahkan saf kepimpinan yang bersedia memainkan peranan penting buat generasi masa hadapan.
 
Memetik ucapan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun, Ustaz Hafez Sabri, beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khiruddin yang telah dipilih meneruskan kesinambungan gerak kerja dipimpin oleh Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi pada sesi lepas. 
 
Ir Khairil merupakan anak kelahiran Kampung Tengku Hussein, Gugusan Manjoi, Ipoh, Perak. Beliau adalah seorang jurutera profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia dan berkelulusan Sarjana dan Sarjana Muda Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh, Perak.
 
Sementara itu, Ustaz Hafez Sabri yang juga mantan Calon PAS Dun Manjoi pada PRU14 lalu turut telah dipilih sekali lagi sebagai Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia Sesi 2019-2021.
 
Ayuh seluruh pemuda yang cintakan Islam menyatakan sokongan kepada Pemuda PAS melalui penyertaan dalam setiap aktiviti berteraskan tiga penumpuan utama iaitu Tarbiyah, Dakwah dan Siasah. Pemuda PAS Tambun juga sentiasa mempelawa mana-mana anak muda khususnya dalam Parlimen Tambun untuk melontarkan idea dan cadangan pelaksanaan aktiviti yang menarik untuk anak muda khususnya. 
 
InsyaAllah sama-samalah kita jayakan “Demi Islam” yang menjadi tema Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-60 dengan menjadikan Islam Memimpin hidup kita menuju ke syurga Allah. Yakin dan percayalah bahawa setiap daripada punya tanggungjawab dan peranan dalam memastikan Islam ditegakkan dan diamalkan secara menyeluruh, Insya-Allah. – HARAKAHDAILY 21/6/2019
IMG 20190621 WA0019
Advertisement