Raptai perbarisan JAM tarik perhatian hadirin

KUANTAN: Raptai perbarisan anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) menjadi tumpuan para perwakilan dan pemerhati yang hadir ke Muktamar Tahunan PAS ke-65, di Stadium Tertutup Sukan Pahang (Sukpa), di sini.

Advertisement

Dimaklumkan JAM telah pun bersedia menunggu ketibaan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk acara Tabik Hormat Muktamar Tahunan yang akan menyaksikan Presiden PAS menerima Tabik Hormat dari anggota JAM sejak jam 7.30 pagi tadi.

Setakat jam 8.15 pagi, kenderaan masih tidak berhenti berasak masuk ke pekarangan Stadium Sukpa bagi menghadiri Muktamar Tahunan 2019.

Orang ramai mula memenuhi segenap ruang pekarangan Stadium Sukpa dan di dalam stadium bagi menyaksikan perasmian Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung hari ini.

Pada jam 8.21 pagi ketibaan pemangku Presiden Umno, Dato’ Seri Mohamad Hasan bersama Ketua Pemuda Umno, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta rombongan dari Umno diikuti ketibaan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Guru Abdul Hadi tiba kira-kira jam 8.50 pagi. – HARAKAHDAILY 21/6/2019

mu2