PAS isi kelompangan aspek tarbiah

KUANTAN: Sistem pendidikan negara yang ada sekarang tidak mampu melahirkan keharmonian dan membentuk insan yang memahami aspek tarbiah Islam.

Advertisement

Abd Hadi Hamid perwakilan dari Padang Besar, Perlis berkata, jika agenda tarbiah dibiarkan, ia akan merosakkan gaya hidup umat Islam.

Katanya disebabkan kelompangan itu lahir sistem pendidikan yang dikelola PAS bagi mengisi aspek tarbiah.

“Kewujudan rangkaian pendidikan di bawah PAS seperti PASTI, SRITI dan yang terkini iaitu SMITI yang baru dilancarkan Dewan Pemuda PAS Malaysia pada muktamar kali ini membuktikan bahawa PAS berusaha memberikan keilmuan Islam bermula dari peringkat awal lagi,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, Indera Mahkota, hari ini.

Beliau juga menyarankan ulama bukan sahaja berdakwah di masjid atau markas tetapi turut turun padang bersama masyarakat.

Beliau juga berkata, keterlibatan anak muda melalui Jabatan Amal (JAM) dan Alternative Riding Club (ARC) perlu dimantapkan dalam usaha memberikan sumbangan kepada rakyat terutamanya golongan kurang kemampuan.

Berucap menyokong ucapan dasar presiden PAS pada Katanya, anak muda perlu didedahkan tentang permasalahan rakyat. – HARAKAHDAILY 22/6/2019