PAS perlu terus perkasa pendidikan

KUANTAN: Kejayaan PASTI dalam pandangan masyarakat sistem hari ini berjaya membentuk jati diri kepada anak-anak.

Advertisement

Subjek agama perlu menjadi subjek teras bagi sekolah kebangsaan sepertimana pada sekolah agama bahkan diterapkan dalam sistem pendidikan negara.

Saranan tersebut disuarakan perwakilan PAS Negeri Pahang, Ustaz Tarmizi Yahya semasa membahaskan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS Ke-65 yang bertema ‘Islam Memimpin Perpaduan’ di Stadium Tertutup SUKPA Kuantan, di sini pagi ini.

Katanya, pasukan petugas khas pendidikan Islam bagi tujuan pengkajian dan respons daripada ibu bapa wajar diwujudkan bagi menghasilkan pandangan bagi merealisasikan matlamat tersebut.

“Maahad tahfiz dan swasta telah buktikan kejayaan terbaik dalam pendidikan walaupun berteraskan pendidikan Islam namun terus cemerlang.

“Kajian sistem pendidikan venekulur dan persendirian gagal melahirkan rakyat yang setia kepada negara.

“Bukan itu sahaja kini mereka berani mempertikaikan hak orang-orang Melayu dan mencampuri urusan agama,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 22/6/2019