Terbukti Islam menyatukan seluruh bangsa

KUANTAN: Islam sebuah agana yang tidak menghina agama yang lain, kata wakil PAS Negeri Perak, Drs Khalil Idham Lim.

Advertisement

Beliau berkata memilih Islam kerana Islam merupakan agama yang tidak mengajar penganutnya untuk membenci agama yang lain, sebaliknya sentiasa mengajak kepada kedamaian.

Menurutnya, agama Islam bukanlah suatu agama yang mana apabila bangsa lain memeluk Islam maka akan menukarkan bangsa, kerana Islam bukanlah agama yang dikhususkan kepada mana-mana bangsa.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, Indera Mahkota.

Katanya, amalan yang mengatakan bahawa apabila masuk Islam adalah masuk Melayu langsung tidak berasas.

Beliau memilih untuk bersama dengan PAS kerana PAS memilih satu agama untuk diperjuangkan.

Katanya, ianya terbukti melalui perjalanan sejarah Islam itu sendiri yang terbukti dapat menyatukan seluruh kaum dan bangsa, yang mementingkan perpaduan. – HARAKAHDAILY 22/6/2019