Cenderahati PAS Bukit Gantang rai warga pendidik

BUKIT  GANTANG: Lajnah Pendidikan PAS Kawasan Bukit Gantang telah menziarahi 47 premis PASTI, KAFA dan SRAR dalam Dun Kuala Sepetang, Dun Changkat Jering dan Dun Trong.
 
Rombongan yang bertujuan merai dan menyatakan penghargaan kepada para guru sempena sambutan Hari Guru 2019 itu turut mengunjungi SRITI Al-Helmi, di sini kelmarin dan semalam.
 
Lawatan yang diadakan itu juga telah mendapat kerjasama Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Bukit Gantang di mana telah menyampaikan cenderamata bunga dan penden ucapan “Selamat Hari Guru”.
 
Antara pimpinan terlibat adalah Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua PAS Bukit Gantang, Ustaz Faisal Abdul Rahman dan Rahim Ismail.
 
Selain menyampaikan cenderamata, kunjungan tersebut turut menjadi kesempatan kepada pimpinan PAS bertanya khabar dan meninjau perkembangan di institusi pendidikan pilihan masyarakat itu.
 
Turut serta adalah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Bukit Gantang, Norzurah Abu Bakar dan Kamariah Mat Ali serta Pengerusi Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Bukit Gantang, Masitah Nordin. – HARAKAHDAILY 28/6/2019
IMG 20190628 WA0009
 
IMG 20190628 WA0008
 
IMG 20190628 WA0007
 
IMG 20190628 WA0004
Advertisement