Keraian Majlis Aidil Fitri PAS Bagan Serai meriah

BAGAN  SERAI: Jamuan Hari Raya Aidil Fitri JPrD N.12 Selinsing dan Pusat Pendidikan Islam Selinsing (PUPIS) telah berlangsung meriah di institusi pendidikan ini, di sini semalam.
 
Antara pimpinan PAS Kawasan Bagan Serai yang turut memeriahkan majlis adalah Timbalan dan Naib Yang DiPertua, Ustaz Sayuti Abd Ghani dan Ustaz Shukri Khidir serta Ketua Muslimat, Rohaya Bakar.
 
Ustaz Sayuti dalam ucapannya mengupas seruan ayat 183 surah al-Baqarah mengingatkan perihal takwa yang menjadi matlamat akhir Muslim di mana mesti diteruskan setelah madrasah Ramadan.
 
Beliau juga menyeru supaya umat hari ini sentiasa mengambil pengajaran dari peristiwa penting Islam seperti Badar Kubra, Nuzul al-Quran dan lainnya dengan mengaplikasi dalam kehidupan.
 
Selain pelbagai menu raya seperti ketupat, lemang, rendang dan sebagainya, paling istimewa adalah pemanis mulut ‘wadai kiping’ yang merupakan makanan tradisional masyarakat Banjar turut dijamu.
 
Pada majlis tersebut juga turut dimeriahkan dengan pemberian duit raya kepada kanak-kanak oleh mantan Adun Selinsing, Husin Din serta ucapan dari Pengerusi PUPIS, Sharif Abd Aziz. – HARAKAHDAILY 30/6/2019
IMG 20190630 WA0037
Advertisement