Warga Tambun rai Aidil Fitri bersama PAS-Umno

IPOH: Majlis Hari Raya Aidil Fitri Perpaduan Ummah Parlimen Tambun anjuran bersama PAS Kawasan dan Umno Bahagian telah dihadiri ramai anggota masyarakat pelbagai kaum, di sini hari ini.
 
Majlis meriah yang menjadi manifestasi penyatuan masyarakat digerakkan dua parti Melayu-Islam terbesar negara ini telah dilangsungkan di Padang Awam Tanjung Rambutan, Ulu Kinta.
 
Mesej penyatuan itu juga menjadi intipati utama dalam ucapan disampaikan Yang DiPertua PAS Tambun, Ustaz Salleh Said dan Ketua Umno Tambun, Dato’ Aminuddin Md Hanafiah pada majlis ini.
 
Menariknya, menu dihidangkan kepada para tetamu disediakan secara gotong-royong oleh kedua pihak yang bergandingan mesra melayani kehadiran setiap tetamu atas kunjungan ke majlis muhibah ini.
 
Turut diadakan sempena majlis ini adalah kaunter daftar pemilih dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di mana telah berjaya mendapat ramai pengundi baharu berusia 21 tahun.
 
Ianya juga sebagaimana kata Ketua Pemuda PAS Tambun, Ustaz Hafez Sabri, menjadi petunjuk bahawa kesedaran politik rakyat semakin meningkat setelah terciptanya sejarah pada PRU14 lalu. – HARAKAHDAILY 30/6/2019
IMG 20190630 WA0056
 
IMG 20190630 WA0052
 
IMG 20190630 WA0051
 
IMG 20190630 WA0049
 
 
Advertisement