PAS Bukit Gantang rai bakal dhuyufurrahman

BUKIT  GANTANG: PAS Kawasan Bukit Gantang telah meraikan 141 bakal jamaah haji yang akan menunaikan Rukun Islam kelima itu pada satu majlis ringkas diadakan semalam.

Advertisement

Program bersama Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan itu telah dilangsungkan di Markas Tarbiyah, Air Kuning, Taiping, di sini.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yaasiin dan doa selamat sebagai mengiringi para dhuyufurrahman yang akan berangkat ke Tanah Suci Makkah dalam tempoh terdekat ini.

Menerusi program ini juga, semua bakal jamaah diperkenalkan antara satu sama lain, selain diberi suntikan semangat untuk menyempurnakan ibadah agar memperolehi haji yang mabrur.

Sempena majlis ini juga Ustaz Idris telah menyampaikan cenderamata kepada semua mereka dan mendoakan agar dikurniakan kesihatan terbaik bagi melaksanakan ibadah haji.

Hadir sama pada majlis ini adalah Yang DiPertua PAS Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman dan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Ustaz Mustafa Abdul Wahab. – HARAKAHDAILY 1/7/2019

IMG 20190701 WA0049