PAS-Umno sukar kerana prestasi PH cemerlang?

KUALA LUMPUR: Pengakuan kononnya PH berprestasi cemerlang hingga menyukarkan gabungan PAS-Umno tidak lebih menutup kelemahan Kerajaan PH menerajui negara.
 
Ketua Penerangan PAS Kawasan Permatang Pauh, Jamsari Samad berkata, rakyat tidak mudah diperbodohkan dengan retorik serta janji-janji PH yang dilaungkan selama ini.
 
“Tidak cukupkah dengan kedudukan Islam dan Raja-raja Melayu yang diperlekehkan menyebabkan rakyat mula sedar siapa PH?
 
“Tidak dinafikan propaganda dan janji manis Manifesto PH menyebabkan rakyat terpedaya dan memberi undi dengan harapan melihat perubahan.
 
“Tetapi akhirnya rakyat sedar terpedaya dan kehidupan mereka makin terhimpit teruk,” ujarnya menjawab pengakuan Ketua PAN Permatang Pauh, Dr Zaidi Zakaria itu.
 
Maklum Jamsari, di Pulau Pinang khususnya Permatang Pauh, hubungan kerjasama antara PAS dan Umno semakin baik hingga PAN sendiri gusar bakal hilang kerusi yang berada dalam genggaman.
 
Sehubungan itu beliau menasihati PAN supaya bergerak memperkasakan parti sendiri daripada menyibuk hal ehwal kerjasama antara PAS dan Umno yang semakin mendapat sokongan rakyat. – HARAKAHDAILY 1/7/2019
IMG 20190701 WA0021
Advertisement