Rumah Terbuka PAS Beruas kukuh jalinan ukhuwah

BERUAS: PAS Kawasan Beruas telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri yang telah dilangsungkan di Dataran Ghuroba, Pengkalan Baharu, di sini semalam.

Advertisement

Kehadiran orang ramai ke majlis ini turut disertai pimpinan Umno Bahagian Beruas antaranya Adun Pengkalan Baharu, Dato’ Abdul Manaf Hashim dan Ketua Umno Beruas, Dato’ Azhar Ahmad.

Kehadiran para tetamu telah disambut dan diraikan pimpinan PAS Beruas, Pemuda, Muslimat dan Ameerah diketuai Yang DiPertua PAS Beruas, Zakaria Hashim bersama Ahli Jawatankuasanya.

Wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria dalam ucapannya berharap kerjasama PAS dan Umno menerusi ta’awun siyasi diadakan terus mengukuh.

Majlis tersebut berlangsung meriah dengan setiap PAS Cawangan menyediakan juadah masing-masing sebagai persiapan meraikan para tetamu yang dianggarkan menghampiri 1,000 orang itu.

Kemeriahan majlis juga turut diserikan dengan meraikan kanak-kanak yang hadir menerusi pemberian duit raya oleh pimpinan PAS Beruas. – HARAKAHDAILY 1/7/2019

IMG 20190701 WA0024