Sokongan rakyat petunjuk ta’awun PAS-Umno diterima

TELUK  INTAN: PAS yakin agenda penyatuan ummah diusahakan bersama Umno diterima rakyat negara ini berdasarkan sambutan positif masyarakat menerusi beberapa program yang dijalankan.

Advertisement

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, hal tersebut kerana rakyat melihat kerjasama kedua parti Melayu-Islam mampu memberi manfaat kepada negara.

Rasa optimistik itu disuarakannya semasa berucap di Majlis Rumah Terbuka Perpaduan Ummah anjuran bersama PAS-Umno Teluk Intan di Dewan Wak Johar, KOMPASTI, di sini semalam.

Ustaz Misbah yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Bagan Datok berkata, ta’awun kedua pihak juga telah dilihat menggugat sokongan rakyat kepada pemerintahan PH hari ini.

Sementara itu, Ketua Umno Teluk Intan, Dato’ Azhar Jamaluddin menegaskan bahawa kerjasama tersebut adalah demi perpaduan dan membela nasib rakyat serta negara.

Program meriah penuh muhibah itu menerima kehadiran sekitar 3,000 tetamu termasuk ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS, MCA, MIC dan IPF Teluk Intan. – HARAKAHDAILY 1/7/2019