Baraan Aidil Fitri ARC Selangor ziarah Assabiqun

KUALA  SELANGOR: ARC Selangor telah mengadakan program Baraan Aidilfitri dengan menziarahi golongan Assabiqun yang berada di Zon Utara iaitu Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam, kelmarin. 
 
Program melibatkan 50 ahli ARC Selangor ini turut disertai oleh Naib Yang DiPertua dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Sabak Bernam, Sulam Askandar dan Ustaz Wa’afi Badaruddin.
 
Juga Yang DiPertua dan Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Kuala Selangor, Muhammad Rashid Muhmmad Kassim dan Ustaz Yusri Abdul Karim.
 
Program Baraan Aidilfitri ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan sempena Syawal bagi mengikat hubungan silaturahim antara ahli ARC serta mengambil peluang menziarahi golongan Assabiqun mengikut giliran zon-zon ditetapkan. 
 
Pengarah ARC Selangor, Zaidi Amin bin Mat Desar di awal pergerakan mengingatkan seluruh ARC Selangor agar komited melakukan kerja-kerja jemaah walau bilangan yang sedikit kerana perjuangan Islam tidak melihat kepada angka, namun menekankan kualiti.
 
Dalam kesempatan menziarahi mereka juga berpeluang menerima motivasi dari Assabiqun yang lebih lama dan awal berkecimpung dalam kerja-kerja Islam bersama PAS. 
 
Baraan yang bermula seawal jam 9.00 pagi berakhir pada jam 5.00 petang dengan bacaan doa wehdah yang dipimpin oleh Naqib ARC Selangor, Ustaz Nasir Hasan. – HARAKAHDAILY 2/7/2019
IMG 20190702 WA0043
 
IMG 20190702 WA0039
Advertisement