PAS alukan buka kaunter isytihar harta

KUALA LUMPUR: PAS terbuka untuk mengisytiharkan harta bahkan mengalu-alukan parlimen membuka kaunter pengisytiharan harta untuk kemudahan ahli-ahli parlimen, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

Advertisement

tuan2“Bagi PAS kita tiada masalah bila lulus (usul). Kita mengalukan pihak membuka kaunter untuk isytihar (harta).

“Dari segi isytihar harta hari ini begini, esok mungkin berubah dn setiap tahun akan berlaku perubahan,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Beliau juga menafikan pandangan pendakwah dan pengarah akademik Saudara Research Centre, Wan Ji Wan Husin yang menyifatkan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menggunakan hadis palsu.

Jelasnya yang juga Timbalan Presiden PAS menafikan dakwaan parti itu menggunakan agama dan hadis palsu.

Katanya, tidak boleh berpegang hanya satu pandangan lalu berpandangan itu yang muktabar.

“Hadis masing-masing ada syarat yang tegas, ada yang kurang oleh kerana itu tidak boleh kita berpegang hanya satu pandangan lalu kita berpandangan itu yang muktabar,” katanya.

Dalam perbahasan sidang Dewan Rakyat semalam, PAS tidak menyokong usul isytihar harta melainkan ia dipinda dengan merujuk kepada undang-undang, namun begitu PAS menegaskan tiada masalah untuk isytihar harta sekiranya mengikut prosedur yang betul.

Beliau turut membangkitkan implikasi dan beberapa aspek yang perlu diteliti khususnya melibatkan keselamatan orang yang mengisytihar harta dan keluarga yang perlu dijaga.

Walau bagaimanapun usul tersebut telah diluluskan. – HARAKAHDAILY 2/7/2019