Bila Dato’ marah pensyarah, saya agak marah

UIA01

SAYA macam tidak percaya apabila ini tulisan Datuk A. Kadir Jasin. Datuk hendak marah kepada Dato’ Seri Najib itu hal Datuklah. Tetapi apabila Datuk marah kepada pensyarah Abdul Muen (UKM) kerana tulisan beliau, saya agak marah.

Advertisement

Sebagai bekas pensyarah saya tidak rela seorang ahli akademik dimarah kerana tulisannya. Kalau tidak betul, jawablah balik. Apakah Datuk hanya hendak melihat pensyarah menjadi pengampu sehingga menggadai taraf akademik yang tidak ada harga diri.

Datuk hendak apa lagi. Tak cukup lagikah harta kekayaan yang dimiliki. Daripada mana Datuk dapat, maka Datuk lebih ariflah.

Bukankah sekarang Malaysia Baru, jangan ambillah tabiat yang tidak baik kerajaan dahulu. Berikan kebebasan bersuara.

Jangan pula jawab, kerajaan dulu juga tidak memberi kebebasan. Jangan jawab seperti Pak Pandir, anak orang juga mati. – HARAKAHDAILY 4/7/2019