PAS Bukit Gantang raikan para pengedar Harakah

BUKIT  GANTANG: PAS Kawasan Bukit Gantang telah mengadakan Jamuan Kesyukuran meraikan para pengedar Harakah di Markas PAS Batu 6, Changkat Jering, di sini kelmarin dahulu.

Advertisement

Melibatkan kehadiran hampir 30 pengedar kawasan ini, program bertujuan menyatakan penghargaan atas kejayaan PAS Bukit Gantang menerima anugerah tertinggi jualan suara PAS itu.

Sempena majlis ini juga Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad telah menyampaikan anugerah jualan tertinggi akhbar rasmi parti itu bagi peringkat Bukit Gantang melibatkan Cawangan-cawangan.

Beliau dalam ucapan perasmian jamuan itu menyuntik semangat para pengedar untuk menggiatkan seruan dalam melaksanakan Kempen 3B Harakah iaitu Beli, Baca dan Beri.

PAS Bukit Gantang diumumkan sebagai penerima anugerah jualan tertinggi naskhah akhbar itu pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota baru-baru ini.

Pimpinan PAS Bukit Gantang turut hadir adalah Yang DiPertua PAS, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman dan Ketua Penerangan, Ustaz Hassan Abdul Halim serta Ketua Urusan Harakah Bukit Gantang, Roslan Talib. – HARAKAHDAILY 7/7/2019

IMG 20190707 WA0007