PJ Selangor: DUPNS sokong lantikan Ahmad Yunus

SEKALUNG tahniah buat Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi atas lantikan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Darul Ehsan yang baharu bagi sesi 2019/2021 yang diumumkan Setiausaha Agung PAS hari ini.

Advertisement

rizuanKami menyambut penuh pelantikan ini dan akan bersama-sama beliau menjayakan misi Islam Memimpin Perpaduan di negeri ini.

Dr Ahmad Yunus merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Selangor selama tiga penggal berturut-turut.

Di peringkat parti sebelum ini beliau adalah Timbalan Pesuruhjaya I, PAS Negeri Selangor.

Pada peringkat kerajaan negeri, beliau pernah menjawat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau juga pernah menjawat Pengerusi Yayasan Amal Selangor.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan, Universiti Malaya dan kini doktor perubatan ini ahli politik satu-satunya Adun mewakili PAS yang menang pada PRU14.

Dewan Ulamak PAS Selangor mengharapkan agar pelantikan ini akan memantapkan siasah, dakwah dan tarbiah PAS di Selangor.

Kami akan terus bersama menjayakan misi Islam Memimpin Perpaduan seperti yang digariskan oleh Presiden PAS dalam muktamar yang lalu.

USTAZ RIZUAN RAHMAT
Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor
7 Julai 2019 – HARAKAHDAILY 7/7/2019