Lantikan Rania ikut prosedur?

LANTIKAN transwoman, Rania sebagai ahli Country Coordinating Mechanism (CCM) oleh Timbalan Menteri Kesihatan masih menjadi tandatanya.

Advertisement

Ini kerana wujudnya percanggahan kenyataan antara Menteri dan Timbalan Menteri Kesihatan apabila menteri mengatakan tidak mengetahui perkara ini sebaliknya timbalannya mengatakan lantikan Rania mengikut prosedur.

Lebih menghairankan apabila lantikan ini juga tidak melambangkan kredibiliti dan integriti yang ada pada Rania sesuai untuk jawatan tersebut. Bagaimana seorang transgender dilantik mewakili negara?

Justeru, saya menggesa agar Timbalan Menteri Kesihatan yang melantik transgender tersebut membatalkan pelantikannya secepat mungkin. Lantikan ini jelas sekali hanya membuka ruang kepada pengiktirafan golongan ini berleluasa.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu
10 Julai 2019 | 7 Zulkaedah 1440 – HARAKAHDAILY 10/7/2019