Muslimat Tambun persiap agen penerangan PRU15

TAMBUN: Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun telah menganjurkan Bengkel Jom Cakna Masyarakat 1.0 yang dilangsungkan di Pusat Tarbiyah PAS Tambun, di sini hari ini

Advertisement

Bengkel dikendalikan Lajnah Penerangan dan Media Baru ini mengumpulkan Ketua Muslimat dan Ahli Jawatankuasa Penerangan setiap PAS Cawangan serta Ameerah Tambun.

Ketua Penerangan Muslimat PAS Tambun, Nur Izzati Muhammad berkata, program ini bertujuan mendedahkan kemahiran menguasai isu semasa agar sentiasa mampu mendepani cabaran politik semasa.

Seru beliau, ahli PAS khususnya Muslimat hendaklah bersedia tampil menjadi agen penerangan terutama di peringkat Cawangan bagi memastikan kemenangan pada PRU 15 kelak.

Pada bengkel ini, peserta didedahkan cara mengulas isu-isu semasa dan teknik untuk berucap dengan yakin disampaikan oleh Naib Yang Dipertua PAS Tambun, Mohd Aidil Abdul Aziz.

Seramai 40 orang peserta dibimbing secara praktikal pengucapan awam berstrategi, selain mencungkil dan mengilap bakat peserta dalam pengucapan awam.

Bengkel siri kedua melibatkan peserta sama akan diadakan akan datang sebagai usaha lanjut melahirkan agen penerangan yang berkebolehan tinggi terutamanya bagi golongan muda. – HARAKAHDAILY 13/7/2019