Harakah buah tangan buat MB Pahang

JERANTUT: Kehadiran pimpinan PAS Kawasan Jerantut ke majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jerantut menarik perhatian para perwakilan, di sini hari ini.
 
Ini kerana buah tangan yang dibawa untuk Menteri Besar, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Umno Jerantut, Dato’ Nazri Ngah adalah berupa naskhah akhbar Harakah.
 
Rombongan PAS diketuai oleh Adun Damak, Ustaz Zuridan Mohd Daud selaku Timbalan Yang DiPertua PAS Jerantut merangkap Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang.
 
Turut hadir Adun Tahan, Ustaz Mohd Zakhwan Badarddin yang juga Naib Yang DiPertua PAS Jerantut dan Ketua Pemuda PAS Pahang. 
 
Menteri Besar jelas kelihatan gembira dan teruja menerima cenderamata berupa akhbar rasmi PAS itu yang turut diedar pimpinan PAS kepada pihak Umno sempena majlis tersebut.
 
Di MARAN, Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Maran turut dihadiri oleh barisan pimpinan PAS Kawasan berkenaan diketuai Naib Yang DiPertua PAS Maran, Ustaz Mujibur Rahman Ishak. 
 
Beliau yang juga merupakan Adun Chenor telah bersama para tetamu lain antaranya Adun Luit, Sufian Abd Jalil dan Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Maran terdiri dari Mohd Nasir Taib, Shamsuri Husein, Fazil Azmi Nadzri dan Mahadi Mahmud.
 
Hubungan akrab kedua pihak ini menjadi isyarat jelas ke arah menjayakan misi ta’awun yang diusahakan antara kedua-dua parti politik terbesar orang Melayu dan Islam itu. – HARAKAHDAILY 14/7/2019
IMG 20190714 WA0019
Advertisement