P’jaya Tinggi Australia kunjungi Presiden PAS

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berbesar hati menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia, Sir Andrew Goledzinowski ke Pejabat Agung PAS, semalam.

Advertisement

Pertemuan yang berlangsung hampir sejam menyentuh pelbagai isu politik dan perkembangan semasa.

“Saya berkongsi pandangan Islam mengenai hubungan dengan masyarakat bukan Islam dan pelaksanaan syariat Islam yang adil untuk semua.

“Saya turut mempersilakan TYT Pesuruhjaya Tinggi untuk melawat Kelantan dan Terengganu, bagi meneroka peluang kerjasama dalam bidang pertanian, pendidikan dan pelaburan,” ujar beliau menerusi laman Facebook, semalam. – HARAKAHDAILY 16/7/2019

ty2

ty3

ty4