Rehlah Muslimat Larut suntik semangat juang

LARUT: Lajnah Penerangan Muslimat PAS Kawasan Larut telah mengadakan program Ukhwah Santai Muslimat yang di adakan di Lata Rambung, Selama, di sini hari ini.

Advertisement

Pengerusi Lajnah Penerangan Muslimat Larut, Fairos Jaafar berkata, program ini bertujuan mencungkil keberanian dan bakat kalangan Muslimat agar berani menonjolkan diri di khalayak ramai.

“Program ini berjaya mengumpulkan seramai 53 Muslimat PAS Larut dan melatih pelapis bagi menerajui kepimpinan Dewan Muslimat PAS Larut melalui aktiviti yang dijalankan,” ujarnya.

Turut hadir, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Perak, Ustazah Hasna’ Abd Samad selaku penceramah jemputan bagi menyuntik semangat peserta dalam meneruskan gerak kerja perjuangan.

Tegasnya, Muslimat PAS hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab meneruskan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W mempertahankan Islam melalui kuasa politik yang berupaya mengubah pentadbiran negara mengikut acuan Islam.

Beliau turut menyentuh mengenai meneruskan usaha baik taawun siyasibersama Umno bagi menghadapi PRU 15 selain memperingati kepentingan wala’ terhadap arahan pimpinan PAS.

Peserta yang terlibat juga didedahkan teknik senaman ringkas seperti kungfu sebagai usaha memelihara kesihatan agar Muslimat PAS, selain motivasi untuk berusaha menggiatkan strategi meraih kemenangan PRU 15. – HARAKAHDAILY 15/7/2019