1,900 anak muda sertai konvoi motosikal

TUMPAT: Kira-kira 1,900 anak muda akan menyertai program konvoi motosikal sempena Himpunan Anak Muda Kelantan 2019 di Pantai Geting dekat sini esok.

Advertisement

program tersebut  turut mendapat kerjasama Persatuan Permotoran Negeri Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur himpunan itu, Ustaz Hushaimi Husian berkata, turut serta 700 ahli Kelab Kereta Kelantan bagi memeriahkan program yang bermula pagi Jumaat.

Katanya perasmian program berkenaan akan disempurnakan Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob kemudian diikuti bicara bersama Ustaz Azhar Idrus kira-kira jam 4.30 petang esok.

“Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena himpunan tersebut termasuk sukaneka, pertandingan mewarna, persembahan silap mata, malam kesenian Islam dengan menampilkan dikir barat dan nasyid,” katanya di sini.

Hushaimi yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Tumpat berharap orang ramai terutamanya anak-anak muda tidak melepaskan peluang menghadiri program berkenaan. – HARAKAHDAILY 18/7/2019