‘Itu masalah dia, saya tidak mahu komen’

KOTA BHARU: PAS tidak berminat mencampuri krisis yang sedang melanda PKR kerana disifatkan sebagai isu ‘rumahtangga’ parti terbabit.

Advertisement

Timbalan Mursyidul Am PAS Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, parti itu akan mengambil pendekatan sebagai pemerhati terhadap kemelut yang berlaku sekarang.

“Ini perkara dalam rumah orang, kita tengok daripada luar sahajalah, apa yang berlaku kita tidak mahu komen lebih lanjut dan campuri rumahtangga orang ni tidak baik.

“Itu masalah dia, saya tidak mahu komen, biar mereka selesaikan sendiri,” katanya ketika diminta mengulas krisis yang semakin parah melanda PKR.

Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semalam menasihati timbalannya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bercuti sekiranya video intim yang dikaitkan dengan Azmin didapati benar.

Bagaimanapun Azmin meminta Anwar mencerminkan dirinya terlebih dahulu. – HARAKAHDAILY 18/7/2019