Tunggu laporan rasmi Istana Kelantan

KOTA BHARU: Kerajaan negeri meminta semua pihak menunggu kenyataan rasmi Istana Negeri berhubung isu perceraian Sultan Muhammad V yang heboh diperkatakan sekarang.

Advertisement

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri mengambil pendekatan untuk tidak campurtangan dalam isu peribadi baginda.

Katanya, kerajaan negeri tidak menerima sebarang laporan rasmi dari pejabat sultan kerana skop tugas dengan pejabat Menteri Besar berbeza.

“Semalam sudah disebutkan Timbalan Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah, itu sikap kita. Kita tidak akan campur urusan tersebut,” katanya selepas merasmikan bangunan tambahan di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Nilam Puri hari ini.

Semalam ketika memberitahu media Mohd Amar menyatakan kerajaan negeri tidak berhasrat untuk mendapatkan maklumat lebih jelas berhubung isu tersebut.

Kebelakangan ini tular di media sosial Sultan Muhammad V dikatakan bercerai dengan isterinya Rihana Oksana Gorbatenko, 27. – HARAKAHDAILY 18/7/2019