PAS bukan agama, hanya sebuah jamaah

PAS bukan agama, ia hanya sebuah jamaah atau parti sahaja. PAS bukan Islam, dan Islam bukan PAS. PAS hanya sebagai kenderaan atau wasilah untuk melaksanakan kerja amal Islami di atas muka bumi ini.

Advertisement

PAS hanya platform untuk melaksanakan tuntutan khalifah Allah di muka bumi ini untuk menegakkan agama dan menguruskan dunia dengan agama. PAS hanya jamaah yang sedaya mungkin untuk menegakkan makruf dan nahyu anil munkar.

Dasar PAS jelas termaktub di dalam Perlembagaan PAS, Fasal 3 “Dasar PAS ialah Islam”.

Inilah landasan PAS bergerak dan bekerja. Ia tidak boleh lari daripada matlamat yang telah digariskan di dalam Perlembagaan PAS dan dikawal pula oleh Majlis Syura Ulamak.

PAS cuba buat yang terbaik, walaupun tidak sempurna. Masih banyak kekurangan tetapi PAS terus mara dengan cita-cita.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS – HARAKAHDAILY 19/7/2019