Pemuda PAS Selangor lakar pertemuan bersejarah

PEMUDA PAS Selangor mengorak langkah untuk terus memperkasakan suara anak muda dalam parti bukan kerajaan menerusi konsep taawun apabila mengadakan pertemuan antara Ketua-ketua Pemuda dari parti bukan kerajaan Selangor pada jam 11.30 tengahari tadi. 
 
Pertemuan bersejarah tersebut yang diadakan di Restoran Mohd Chan Dataran Ara Damansara dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hanafi Zulkapli serta Ketua Pemuda Umno Selangor, Rizam Ismail, Ketua Pemuda IKATAN Selangor, Aifaa Zaifan Bagauddin Abdul Aziz dan juga Pemuda MIC Selangor, Sritheran Renganathan. 
 
Usaha yang diambil ini oleh Pemuda PAS Selangor dalam mengadakan pertemuan ini menjadi bukti pendekatan politik yang dibawa oleh PAS iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dalam menerajui kesatuan suara ummah serta rakyat yang berbilang kaum di Malaysia serta di negeri Selangor khususnya. 
 
Selain keteguhan permuafakatan yang diteruskan dengan IKATAN serta keutuhan kerjasama dengan Umno, Pemuda PAS Selangor akan terus mengorak langkah bagi memperluaskan skop kerja mendekati masyarakat yang bukan Melayu-Islam dengan penglibatan dari wakil MIC dalam pertemuan bersejarah ini.
 
Pertemuan ini membincangkan perkara-perkara yang mencapai bersama antara parti bukan kerajaan di Selangor dalam agenda ummah dan kestabilan politik dalam menghadapi suasana pasca PRU 14 di bawah kerajaan PH yang penuh dengan kepincangan.
 
Diharapkan banyak lagi pertemuan dan aktiviti yang akan diadakan bersama antara parti-parti bukan kerajaan ini bagi memastikan agenda besar antara Gagasan Sejahtera dan Penyatuan Ummah dapat terus dirangka dan dijayakan.
 
“Demi Islam”
“Bangkit: Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah”
 
USTAZ DR MUHAMMAD ZUHAILI SAIMAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Selangor
Tarikh : 16 ZuKaedah 1440H / 19 Julai 2019 – HARAKAHDAILY 19/7/2019
IMG 20190719 WA0044
Advertisement