Piagam PAS-Umno jangka diumum Ogos

KOTA BHARU: Penyatuan ummah bukan sekadar membabitkan PAS dan Umno semata-mata, malah meliputi semua pihak termasuk di Sabah dan Sarawak.

Advertisement

Timbalan Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cuma pada peringkat awal kerjasama dimulakan PAS dan Umno terlebih dahulu.

Katanya pada peringkat awal biarlah dimulakan dua parti teras di negara ini sebelum diperluaskan kepada mana-mana pihak.

“Ada penduduk bukan Islam tanya saya adakah penyatuan ummah hanya membabitkan PAS dan Umno sahaja.

“Saya sebut tidak kerana kita hanya mulakan dengan parti teras dahulu, biar selesai parti teras orang Melayu di negara ini maka kerjasama dengan parti-parti lain akan menjadi lebih mudah,” katanya pada kuliah di Medan Ilmu di sini hari ini.

Menurutnya juga pertemuan jawatankuasa teknikal membabitkan PAS dan Umno diadakan baru-baru ini dan dijangka boleh diumum piagam bersama pada Ogos nanti. – HARAKAHDAILY 19/7/2019