Lawatan sambil belajar erat hubungan warga PASTI

MERBOK: PASTI As Syamil, Taman Ria Fasa 1 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Arkeologi, di sini hari ini.
 
Acara tahunan ini disertai oleh 37 murid PASTI dan tiga guru pengiring serta ibu bapa penjaga pelajar yang turut sama sertai rombongan sehari suntuk ini. 
 
Turut hadir, Pengurus PASTI As Syamil, Roslim Zakaria menyertai rombongan tahunan ini sebagai wakil pengurusan PASTI. 
 
Ketua Unit PASTI, Khairunnisa Abdullah berkata, aktiviti ini berjaya menimbulkan sifat ingin tahu kepada murid PASTI mengenai perkara bersejarah di Merbok.
 
Disamping itu katanya, mengeratkan kemesraan hubungan bersama antara waris murid. 
 
Seluruh peserta juga berpeluang berkelah dan bermandi manda di pusat rekreasi terletak berhadapan Damai Park Resort yang turut di singgah ketika dalam perjalanan pulang. 
 
“Alhamdulillah semua murid PASTI dan waris memberi respon baik sepanjang lawatan sambil belajar ini.Cikgu juga berterima kasih kepada waris murid yang memberi sponsor makanan untuk lawatan ini. “
 
Ulasnya, selaku seorang guru PASTI hubungan yang baik terhadap ibu bapa dan penjaga PASTI amatlah penting untuk dipelihara bagi mendapatkan keharmonian bermasyarakat di samping mendidik anak-anak mereka. – HARAKAHDAILY 20/7/2019IMG 20190720 WA0071
Advertisement