KOTA BHARU: Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan mengekalkan kepimpinan sedia ada bagi sesi 2019/2021 kecuali melantik dua orang ahli baru dalam lajnah politik dan pilihan raya.
Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, individu tersebut ialah Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Ab Aziz Yunus.
“Tidak banyak berubah kita kekal yang lama kecuali yang dipilih baru seperti Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Ariff Abdullah yang lain kekal dari Dewan Ulamak hingga Dewan Muslimat.
“Cuma ada beberapa orang ahli dalam Lajnah Politik dan Pilihan Raya contohnya kita masuk juga kerana peranan besar seperti Yang Berhormat Pasir Mas dan Ab Aziz Yunus dari PKINK,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusi mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Kelantan di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, hari ini.
Menurutnya, PAS Kelantan mengucapkan tahniah kepada semua ahli Badan Perhubungan PAS Kelantan serta memberi amanat supaya melaksanakan tanggungjawab itu dengan baik.
“Kita ucapkan tahniah kepada semua anggota perhubungan sama ada yang lama dan yang baru, ini merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul dengan sempurna, semoga mendapat keredhaan Allah.
“Ini juga merupakan amanah dari Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, maka kita hendaklah sama-sama berganding bahu melaksanakan tugas pada semua peringkat,” katanya.
Senarai nama kepimpinan PAS Kelantan sesi 2019-2021:
Pesuruhjaya:
YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Hj Ahmad Bin Yakob
Timbalan PJ I:
YB Dato’ Mohd Amar Bin Nik Abdullah
Timbalan PJ II:
YBhg Dato’ Dr Johari Bin Mat
Timbalan PJ III:
YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Bin Dato’ Hassan
Setiausaha:
YB Dato’ Che Abdullah Bin Mat Nawi
Ketua Dewan Ulamak:
YB Dato’ Hassan bin Mohamood
Ketua Dewan Pemuda:
Ybhg Mohd Arif Bin Abdullah
Ketua Dewan Muslimat:
YB Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusof
Bendahari:
YB Dato’ Hanifa Bin Ahmad
Ketua Penerangan:
YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Bin Daud
Pengarah Pilihan raya:
YBhg Haji Zulkifli Bin Mamat
3 orang Penolong Setiausaha:
Penolong Setiausaha I:
Ustaz Mohd Asri Bin Mat Daud
Penolong Setiausah II:
Dr Wan Nik Bin Wan Yusof
Penolong Setiausaha III:
Ustaz Mohd Ashari Bin Mohd Zain
Tujuh Orang AJK lantikan:-
1) YB Dato’ Abdullah Bin Yaacob
2) YB Dato’ Sr. Azami Bin Mohd Nor
3) YB Dr Mohd Izani Bin Hussin
4) YB Dato’ Mejar (B) Md Anizam Bin Ab. Rahman
5) YB Ustaz Wan Roslan Bin Wan Hamat
6) YB Hajah Mumtaz Binti Md Nawi
7) YBhg Nik Asma Baharum Bin Nik Abdullah – HARAKAHDAILY 20/7/2019