PAS Kepala Batas siap pelan tindakan strategik PRU15

KEPALA BATAS: PAS Kawasan Kepala Batas dengan kerjasama Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Bengkel Pelan Tindakan Strategik (PTS), semalam.
 
Bengkel sehari melibatkan 60 peserta dalam kalangan pimpinan PAS semua peringkat Kawasan Kepala Batas ini telah diadakan di Markas Tarbiyah Pongsu Seribu, di sini.
 
Ia menjadi medan merancang dan membina pelan tindakan berpandukan matlamat telah digariskan yang seterusnya merangka strategi ampuh PAS Kepala Batas menghadapi PRU15.
 
Sekali gus sebagai pemangkin gerak kerja Jentera Pilihan Raya PAS Kepala Batas bagi menjadikan PAS pilihan masyarakat, sekali gus mencapai dan merealisasikan kemenangan ummah pada PRU15.
 
Bengkel ini telah dikendalikan Timbalan Pengarah I dan II serta Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pulau Pinang, Hussain Sazlan dan Hafiz Kasim serta Nazeri Ramli.
 
Para peserta juga dibentangkan pengenalan mengenai Institut Latihan Pilihan Raya PAS (ILPAS) oleh Timbalan Pengarah IV Jabatan Pilihan Raya PAS Pulau Pinang, Maziah Khamis.
 
Perasmian penutup telah disempurnakan Timbalan Yang DiPertua PAS Kepala Batas, Ahmad Sobhi Omar yang menyeru menuruti perjuangan sebagaimana jejak Sahabat R.A. – HARAKAHDAILY 21/7/2019
IMG 20190721 WA0007
 
IMG 20190721 WA0006
Advertisement